Friday, December 18, 2009

Hikayat Cuti-cuti Malaysia - Part 1

Bila cuti sekolah hampir menjelang, menjadi satu tekanan kepada yours truly dan suami untuk menentukan arah tujuan percutian. Percutian sempena cuti sekolah memang menjadi kemestian untuk anak-anak. Memang tak dapat dinafikan tempat yang menjadi pilihan adalah amat terhad kerana hanya ada a few places sahaja yang menjadi pujaan hati. Di tambah lagi, taking into consideration a few factors; contohnya cuaca, nak ada swimming pool lah dan macam-macam lagi. Nak pergi Penang, the other half tak favor atas alasan macam gi KL je, nak gi highlands tengah hujan takut landslide. Last-last we all decide tempat biasa, Cherating. Langkawi, baru sangat pergi, pas tu dah banyak kali pergi lak tu. Dah habis satu Langkawi kami teroka. In fact, nak jadi tourist guide Langkawi pun kami boleh.

Makanya, off we go to Cherating. Duduk kat as usual, Legend Cherating. Perjalanan memang akan dimulakan sebelah pagi. This is to ensure that we arrive at Temerloh roughly around 12 noon for our lunch.


From MRR2 approaching Karak Highway

Ingat nak singgah Kuala Gandah Elephant Sanctuary, unfortunately session with elephant starts at 2 pm, so we decide to call it off. Yeahh.. maybe next time kids.


Exit Lanchang to Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Proceed with our journey to our next pit stop, Temerloh. Needless to say, beautiful and green scenery along the journey takes our breath away. Anyway, approximately around 11.30 am, we have reached at Temerloh exit.


Exit to Temerloh.

Lepas tu, sebaik sahaja keluar Plaza Tol Temerloh, you must make a left turn at the traffic light.



Sebut saja Temerloh, mesti teringat ikan patin. Sebab tu, pekan Temerloh terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin. Perjalanan ke Pantai Timur tanpa singgah makan tengahari di Temerloh adalah sangat rugi. Di kiri kanan jalan sepanjang perjalanan ke pekan Temerloh dipenuhi dengan orang-orang menjual ikan patin samada yang dibela dalam sangkar ataupun yang ditangkap dari Sungai Pahang kerana pekan Temerloh ni terletak berdekatan dengan Sungai Pahang. Tempat makan yang kami nak pergi ni adalah restoran ikan patin yang sangat terkenal di pekan Temerloh ni. In fact dah berapa kali dapat review kat newspaper, magazine and some bloggers. Program Jalan-jalan Cari Makan pun dah sampai kat sini.

Anyway, I shall adjourn here. Keep reading !!!!

 

© Copyright Mountainsofthings - Designed by Krafty Palette