Marilah kita semua mengambil peluang keemasan ini untuk mempertingkatkan ibadat kita dalam beberapa hari terakhir Ramadan ini.
Firman Allah Ta'ala mengenai Malam Lailatul Qadar :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar? Lailatul-Qadar lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah al-Qadr: 1-3)
Marilah kita mengambil peluang untuk memohon keredaan daripada Allah.
Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul-Qadar kerana iman dan mengharapkan keredaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
Subhanallah, Maha Suci Allah.
No comments:
Post a Comment