Ingat tak lagi cerita ni ?
Sewaktu cerita ini ditulis, terbayang-bayang patin tempoyak Pak Usop yang sungguh sedap itu. Restoran Pak Usop ni terletak dalam Pekan Temerloh, berdekatan dengan Sungai Pahang. Masakan kampung dan ulam-ulaman yang bermacam jenis.
Sekiranya ingin ke sana, pastikan anda sampai sebelum atau pada pukul 12 tengahari untuk menikmati 1st batch of patin tempoyak itu. Bukan itu sahaja, ia bertujuan untuk mengelakkan anda agar tidak lenguh kaki beratur lama untuk patin tempoyak itu. Satu sebab lagi, semua kepala patin adalah menjadi idola dan sekiranya anda juga peminat bahagian kepala, ikutilah nasihat saya kerana suamiku itu pun adalah peminat tegar kepala patin. Kalau lambat, silalah tunggu periuk kedua yang akan dimasak sebaik sahaja periuk pertama habis. Jenuh lagi nak menunggu beb.
Sila lah menjamu mata dan kalau sapa-sapa yang air liur meleleh tu, bukan tujuan saya nak menganiaya kawan-kawan semua.
Inilah Restoran Patin Tempoyak Pak Usop
Inilah tukang masaknya, anak kepada Pak Usop yang telah mengambil alih kepakaran Pak Usop yang sekarang sudah bersara dan agak uzur.
Inilah rupa Patin Tempoyak yang mampu membuat sesiapa saja yang cuba sekali nak berkali-kali.
Penambah selera, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Kalau dah makan, mestilah kena ada air, kang tercekik lah pulak. So, nak habaq mai satu lagi specialty dia orang ni iaitu Ais Jagung Susu, memang TDF. Sorrylah kawan-kawan, terlupa pulak nak ambik gambar.
Betul tak cakap saya ? Mesti ada yang dah terliur ni ...
Tuesday, July 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment