Saturday, November 20, 2010

Alhamdulillah

Remember this post ?
Alhamdulillah and congratulation to Hilman Syafie.
Your hardworking and struggle finally paid off.

Well done sayang !!!
Ibu, ayah and your sisters proud of you.

When you least expect it ...........



Thanx abang .....

Wednesday, October 20, 2010

Need a break

Been quite busy for the past few weeks especially during UPSR and PSRA exam week, leaving this blog of mine unattended.



Its even worse when November is approaching because our office will be shifted to a new building.



Not forgetting my niece wedding is just around the corner as well.



Just can't wait our upcoming holiday in December. We've got everything booked.

After all, the best part of a holiday is perhaps not so much to be resting yourself, as to see all the other fellows busy working.
by Kenneth Grahame


This is cool.

Have a nice day people.

Tuesday, September 21, 2010

UPSR

To Hilman Syafie ...

Good luck and try your best.

And remember ! Raise your hand, pray and make du'a with all your heart.

Insyaallah, Allah will open every door for you and makes it easy for you.

Love
Ibu and Ayah

Thursday, September 2, 2010

Ramadan Hampir Tiba Ke Penghujung

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kita semua kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadat di bulan yang mulia ini. Sedar tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan berakhir.

Marilah kita semua mengambil peluang keemasan ini untuk mempertingkatkan ibadat kita dalam beberapa hari terakhir Ramadan ini.

Firman Allah Ta'ala mengenai Malam Lailatul Qadar :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar? Lailatul-Qadar lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah al-Qadr: 1-3)

Marilah kita mengambil peluang untuk memohon keredaan daripada Allah.

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul-Qadar kerana iman dan mengharapkan keredaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”


Subhanallah, Maha Suci Allah.

Saturday, July 31, 2010

Today, 12 years ago

Alhamdulillah, 12 years ago, the day that Allah gave me a very precious gift. Years gone by and you have grown up but to me, you're still my little bucuk-bucuk baby boy.

Happy 12th birthday sayang.

Ibu, ayah, Aisyah and Muneera love you very much.


Wednesday, July 14, 2010

Tsamina mina zangalewa... My visit to Africa

Happened in January 2010

Attended a course organized by The Swedish International Development Agency, the third phase of Genetic Resources and Intellectual Property Rights Programme at Pretoria, South Africa. The first phase took place May 2009 at The Swedish University Of Agricultural Sciences, Lund.

Pertama kali jejak bumi Afrika and I enjoy it very much. I'm sorry, I'm not really good in promoting or explaining places of interest. On another note, I didn't have enough time to actually explore Pretoria and Johannesburg.

We were grounded and locked up at Intundla Game Lodge and Bush Spa, 30 minutes drive north east of Pretoria or 50 minutes drive from Johannesburg International Airport. Masyaallah, memang cantik giler tempat ni. The best part is, if you're lucky or the chosen one he..he..he ( I lah tuuu ) you'll bump into some wildlife along the way. Let the photos do the talking.

Johannesburg Airport



Toll rate




On the way to the lodge
Sangat adventure.


The guard at the main entrance of such a huge area of the lodge
Tidak diketahui sebab musabab tindakan dia menepuk dahi.


Perjalanan diteruskan lagi selepas dibenarkan masuk


Terserempak dengan Mr Zebra on the way


Approaching Intundla Game Lodge and Bush Spa


Its surrounding

Swimming pool




The Group ... Way to go guys. Proud to be part such a fabulous group


Out to African bush


Look at all those wildlife. I feel like as if I'm photo-shooting National Geographic documentary





Intundla actually refers to this four-legged creature



Scenic breathtaking beauty



Such a wonderful and fruitful experience. Miss all of you guys.













t

Tuesday, July 13, 2010

Cuti-cuti dan Makan-makan

Ingat tak lagi cerita ni ?

Sewaktu cerita ini ditulis, terbayang-bayang patin tempoyak Pak Usop yang sungguh sedap itu. Restoran Pak Usop ni terletak dalam Pekan Temerloh, berdekatan dengan Sungai Pahang. Masakan kampung dan ulam-ulaman yang bermacam jenis.

Sekiranya ingin ke sana, pastikan anda sampai sebelum atau pada pukul 12 tengahari untuk menikmati 1st batch of patin tempoyak itu. Bukan itu sahaja, ia bertujuan untuk mengelakkan anda agar tidak lenguh kaki beratur lama untuk patin tempoyak itu. Satu sebab lagi, semua kepala patin adalah menjadi idola dan sekiranya anda juga peminat bahagian kepala, ikutilah nasihat saya kerana suamiku itu pun adalah peminat tegar kepala patin. Kalau lambat, silalah tunggu periuk kedua yang akan dimasak sebaik sahaja periuk pertama habis. Jenuh lagi nak menunggu beb.

Sila lah menjamu mata dan kalau sapa-sapa yang air liur meleleh tu, bukan tujuan saya nak menganiaya kawan-kawan semua.


Inilah Restoran Patin Tempoyak Pak Usop



Inilah tukang masaknya, anak kepada Pak Usop yang telah mengambil alih kepakaran Pak Usop yang sekarang sudah bersara dan agak uzur.



Inilah rupa Patin Tempoyak yang mampu membuat sesiapa saja yang cuba sekali nak berkali-kali.



Penambah selera, sambal belacan dan ulam-ulaman.





Kalau dah makan, mestilah kena ada air, kang tercekik lah pulak. So, nak habaq mai satu lagi specialty dia orang ni iaitu Ais Jagung Susu, memang TDF. Sorrylah kawan-kawan, terlupa pulak nak ambik gambar.

Betul tak cakap saya ? Mesti ada yang dah terliur ni ...

Sunday, July 11, 2010

UPSR and PSRA Countdown

In approximately 2 months time, my eldest will sit for his UPSR exam followed by PSRA exam.

Being a mother, I hope and pray that he'll try his best and the rest, berserah pada ALLAH.


Monday, April 5, 2010

Rinduuu Blog Saya !!!!!

Suka baca blog orang dan kagum macamana they all boleh keep on updating blog mereka. Kenapalah makcik liat betul nak update blog ni. Nak katakan kerja banyak, taklah banyak mana, ikut musim pun. Balik nak masak, tak jugak bibik yang tolong. Cuma malam tu sibuk mentelaah buku ngan anak-anak. Kang kita duduk bawah depan TV, eh..eh... dia orang pun nak join sekali. Nak tak nak terpaksalah ibu mereka ni join mereka buat homework dan mentelaah. Dah tu kalau bukan lappy tu depan dia orang, tak concentrate pulak mereka. Asyik nak menjeling apalah yang Ibu browse kat internet tu. Ataupun akan ada soalan-soalan seperti ini, Ibu boleh tak Aisyah tengok email kejap atau Ibu, Hilman nak tengok Facebook kejap boleh tak atau Ibu, Hilman nak update forum Pokemon Hilman boleh tak atau Ibu, Muneera nak main game Barbie boleh tak. Last-last homework atau mentelaah tah ke mana. Makcik jugak yang tension. Kalau tak bukak lappy, makcik pun tension. Biasalah, bila bab membukak buku dan mentelaah ni memang tak payah makan ubat tidur. Confirm akan terlelap. Nanti ada yang amik kesempatan, maklumlah ibu dah lelap.

Anyway, pelajaran sekolah rendah sekarang tak macam zaman kita dulu dulu. Especially, Science and Mathematic. Memang perlu additional guidance. Science Standard 4 dah mula kenal apa itu inference, observation dan macam-macam lagi. Those include in Part 2 where you should answer subjective questions. Bayangkan Standard 4 dah kena jawab soalan-soalan macam tu. Itu belum lagi pelajaran Sekolah Agama; Bahasa Arab, Sirah Nabi, Hadis, Tafsir, Teras Islam, Al Quran dan etc.

Kesian anak-anak Ibu. Insyaallah, you'll manage.

 

© Copyright Mountainsofthings - Designed by Krafty Palette