Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kita semua kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadat di bulan yang mulia ini. Sedar tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan berakhir.
Marilah kita semua mengambil peluang keemasan ini untuk mempertingkatkan ibadat kita dalam beberapa hari terakhir Ramadan ini.
Firman Allah Ta'ala mengenai Malam Lailatul Qadar :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar? Lailatul-Qadar lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah al-Qadr: 1-3)
Marilah kita mengambil peluang untuk memohon keredaan daripada Allah.
Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul-Qadar kerana iman dan mengharapkan keredaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
Subhanallah, Maha Suci Allah.
Thursday, September 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment