Saturday, July 31, 2010

Today, 12 years ago

Alhamdulillah, 12 years ago, the day that Allah gave me a very precious gift. Years gone by and you have grown up but to me, you're still my little bucuk-bucuk baby boy.

Happy 12th birthday sayang.

Ibu, ayah, Aisyah and Muneera love you very much.


Wednesday, July 14, 2010

Tsamina mina zangalewa... My visit to Africa

Happened in January 2010

Attended a course organized by The Swedish International Development Agency, the third phase of Genetic Resources and Intellectual Property Rights Programme at Pretoria, South Africa. The first phase took place May 2009 at The Swedish University Of Agricultural Sciences, Lund.

Pertama kali jejak bumi Afrika and I enjoy it very much. I'm sorry, I'm not really good in promoting or explaining places of interest. On another note, I didn't have enough time to actually explore Pretoria and Johannesburg.

We were grounded and locked up at Intundla Game Lodge and Bush Spa, 30 minutes drive north east of Pretoria or 50 minutes drive from Johannesburg International Airport. Masyaallah, memang cantik giler tempat ni. The best part is, if you're lucky or the chosen one he..he..he ( I lah tuuu ) you'll bump into some wildlife along the way. Let the photos do the talking.

Johannesburg Airport



Toll rate




On the way to the lodge
Sangat adventure.


The guard at the main entrance of such a huge area of the lodge
Tidak diketahui sebab musabab tindakan dia menepuk dahi.


Perjalanan diteruskan lagi selepas dibenarkan masuk


Terserempak dengan Mr Zebra on the way


Approaching Intundla Game Lodge and Bush Spa


Its surrounding

Swimming pool




The Group ... Way to go guys. Proud to be part such a fabulous group


Out to African bush


Look at all those wildlife. I feel like as if I'm photo-shooting National Geographic documentary





Intundla actually refers to this four-legged creature



Scenic breathtaking beauty



Such a wonderful and fruitful experience. Miss all of you guys.













t

Tuesday, July 13, 2010

Cuti-cuti dan Makan-makan

Ingat tak lagi cerita ni ?

Sewaktu cerita ini ditulis, terbayang-bayang patin tempoyak Pak Usop yang sungguh sedap itu. Restoran Pak Usop ni terletak dalam Pekan Temerloh, berdekatan dengan Sungai Pahang. Masakan kampung dan ulam-ulaman yang bermacam jenis.

Sekiranya ingin ke sana, pastikan anda sampai sebelum atau pada pukul 12 tengahari untuk menikmati 1st batch of patin tempoyak itu. Bukan itu sahaja, ia bertujuan untuk mengelakkan anda agar tidak lenguh kaki beratur lama untuk patin tempoyak itu. Satu sebab lagi, semua kepala patin adalah menjadi idola dan sekiranya anda juga peminat bahagian kepala, ikutilah nasihat saya kerana suamiku itu pun adalah peminat tegar kepala patin. Kalau lambat, silalah tunggu periuk kedua yang akan dimasak sebaik sahaja periuk pertama habis. Jenuh lagi nak menunggu beb.

Sila lah menjamu mata dan kalau sapa-sapa yang air liur meleleh tu, bukan tujuan saya nak menganiaya kawan-kawan semua.


Inilah Restoran Patin Tempoyak Pak Usop



Inilah tukang masaknya, anak kepada Pak Usop yang telah mengambil alih kepakaran Pak Usop yang sekarang sudah bersara dan agak uzur.



Inilah rupa Patin Tempoyak yang mampu membuat sesiapa saja yang cuba sekali nak berkali-kali.



Penambah selera, sambal belacan dan ulam-ulaman.





Kalau dah makan, mestilah kena ada air, kang tercekik lah pulak. So, nak habaq mai satu lagi specialty dia orang ni iaitu Ais Jagung Susu, memang TDF. Sorrylah kawan-kawan, terlupa pulak nak ambik gambar.

Betul tak cakap saya ? Mesti ada yang dah terliur ni ...

Sunday, July 11, 2010

UPSR and PSRA Countdown

In approximately 2 months time, my eldest will sit for his UPSR exam followed by PSRA exam.

Being a mother, I hope and pray that he'll try his best and the rest, berserah pada ALLAH.


Monday, April 5, 2010

Rinduuu Blog Saya !!!!!

Suka baca blog orang dan kagum macamana they all boleh keep on updating blog mereka. Kenapalah makcik liat betul nak update blog ni. Nak katakan kerja banyak, taklah banyak mana, ikut musim pun. Balik nak masak, tak jugak bibik yang tolong. Cuma malam tu sibuk mentelaah buku ngan anak-anak. Kang kita duduk bawah depan TV, eh..eh... dia orang pun nak join sekali. Nak tak nak terpaksalah ibu mereka ni join mereka buat homework dan mentelaah. Dah tu kalau bukan lappy tu depan dia orang, tak concentrate pulak mereka. Asyik nak menjeling apalah yang Ibu browse kat internet tu. Ataupun akan ada soalan-soalan seperti ini, Ibu boleh tak Aisyah tengok email kejap atau Ibu, Hilman nak tengok Facebook kejap boleh tak atau Ibu, Hilman nak update forum Pokemon Hilman boleh tak atau Ibu, Muneera nak main game Barbie boleh tak. Last-last homework atau mentelaah tah ke mana. Makcik jugak yang tension. Kalau tak bukak lappy, makcik pun tension. Biasalah, bila bab membukak buku dan mentelaah ni memang tak payah makan ubat tidur. Confirm akan terlelap. Nanti ada yang amik kesempatan, maklumlah ibu dah lelap.

Anyway, pelajaran sekolah rendah sekarang tak macam zaman kita dulu dulu. Especially, Science and Mathematic. Memang perlu additional guidance. Science Standard 4 dah mula kenal apa itu inference, observation dan macam-macam lagi. Those include in Part 2 where you should answer subjective questions. Bayangkan Standard 4 dah kena jawab soalan-soalan macam tu. Itu belum lagi pelajaran Sekolah Agama; Bahasa Arab, Sirah Nabi, Hadis, Tafsir, Teras Islam, Al Quran dan etc.

Kesian anak-anak Ibu. Insyaallah, you'll manage.

Friday, December 18, 2009

Hikayat Cuti-cuti Malaysia - Part 1

Bila cuti sekolah hampir menjelang, menjadi satu tekanan kepada yours truly dan suami untuk menentukan arah tujuan percutian. Percutian sempena cuti sekolah memang menjadi kemestian untuk anak-anak. Memang tak dapat dinafikan tempat yang menjadi pilihan adalah amat terhad kerana hanya ada a few places sahaja yang menjadi pujaan hati. Di tambah lagi, taking into consideration a few factors; contohnya cuaca, nak ada swimming pool lah dan macam-macam lagi. Nak pergi Penang, the other half tak favor atas alasan macam gi KL je, nak gi highlands tengah hujan takut landslide. Last-last we all decide tempat biasa, Cherating. Langkawi, baru sangat pergi, pas tu dah banyak kali pergi lak tu. Dah habis satu Langkawi kami teroka. In fact, nak jadi tourist guide Langkawi pun kami boleh.

Makanya, off we go to Cherating. Duduk kat as usual, Legend Cherating. Perjalanan memang akan dimulakan sebelah pagi. This is to ensure that we arrive at Temerloh roughly around 12 noon for our lunch.


From MRR2 approaching Karak Highway

Ingat nak singgah Kuala Gandah Elephant Sanctuary, unfortunately session with elephant starts at 2 pm, so we decide to call it off. Yeahh.. maybe next time kids.


Exit Lanchang to Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Proceed with our journey to our next pit stop, Temerloh. Needless to say, beautiful and green scenery along the journey takes our breath away. Anyway, approximately around 11.30 am, we have reached at Temerloh exit.


Exit to Temerloh.

Lepas tu, sebaik sahaja keluar Plaza Tol Temerloh, you must make a left turn at the traffic light.



Sebut saja Temerloh, mesti teringat ikan patin. Sebab tu, pekan Temerloh terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin. Perjalanan ke Pantai Timur tanpa singgah makan tengahari di Temerloh adalah sangat rugi. Di kiri kanan jalan sepanjang perjalanan ke pekan Temerloh dipenuhi dengan orang-orang menjual ikan patin samada yang dibela dalam sangkar ataupun yang ditangkap dari Sungai Pahang kerana pekan Temerloh ni terletak berdekatan dengan Sungai Pahang. Tempat makan yang kami nak pergi ni adalah restoran ikan patin yang sangat terkenal di pekan Temerloh ni. In fact dah berapa kali dapat review kat newspaper, magazine and some bloggers. Program Jalan-jalan Cari Makan pun dah sampai kat sini.

Anyway, I shall adjourn here. Keep reading !!!!

Sunday, November 8, 2009

3rd Batch

Salam semua

Hari ni I've placed another USANA order untuk diri sendiri dan untuk a few people including my beloved mak. Period yours truly untuk bulan ni (coz this is my period after consuming USANA for the past 1 month), Alhamdulillah ada improvement. Walaupun yours truly tidak menghadapi masalah period irregular or what so ever, tetapi semenjak keguguran tahun lepas, I feel that my period is not like what I use to have. Sendiri boleh rasa.


On another note, my husband semenjak ambik USANA ni feels that his right ankle inflammation getting much much better, Alhamdulillah.


Monday, November 2, 2009

Another USANA Story

Salam semua

As usual, I text my niece asking her latest update after taking USANA Nutrimeal almost a week now.

Me : Salam Sha ! Ada perubahan tak lepas amik Nutrimeal ?

Sha : Wa'alaikumussalam Mak Cu ! Rasa nak mengunyah dah kurang. Kalau tak pepagi or after lunch rasa sleepy tapi lepas amik Nutrimeal memang hilang terus.


Alhamdulillah, sharing is caring.
Interested, do email me at mrsjai70@gmail.com

Saturday, October 31, 2009

Mari membuat jus sendiri

Salam semua

Saturday and Sunday, Pasar BBBangi Seksyen 1
Sesiapa yang nak produk segar dari kampung silalah ke sini. Pucuk ubi, daun meranti, pucuk betik, cili api, terung kampung, segala jenis ubi dan yang paling menarik minat yours truly adalah hibiscus sabdariffa atau yang biasa kita dengar bunga roselle. Sekilo RM6. I'll make sure sampai kat pasar tu before 8 o'clock sebab nanti putih mata.

Roselle ni pulak ada musimnya. So sekarang ni tengah banyak pulak. So tiap-tiap minggu membeli untuk dibuat jus.

Info from http://en.wikipedia.org/

Hibiscus, specifically Roselle, has been used in folk medicine as a diuretic, mild laxative, and treatment for cardiac and nerve diseases and cancer. Roselle calyces are harvested fresh to produce pro-health drink due to high contents of vitamin C and anthocyanins. Many parts of the plant are also claimed to have various medicinal values. They have been used for such purposes ranging from Mexico through Africa and India to Thailand. Roselle is associated with traditional medicine and is reported to be used as treatment for several diseases such as hypertension and urinary tract infections.


So, macamana nak buat sendiri jus roselle ni ? Senang aje.

1 kilo roselle



1 kg gula pasir
3 liter air

Cara membuat :

Biji roselle yang terletak di tengah-tengah kelopak dikeluarkan dan bunga tu di potong kecil-kecil.


Biji roselle di tengah-tengah kelopak



Basuh dengan air dan ditoskan. Masukkan roselle tersebut ke dalam periuk yang berisi air di atas. Bila dah mula didih, masukkan gula. Masak sehingga bunga roselle menjadi lembut serta sedikit hancur dan tutupkan api setelah jus menjadi sedikit pekat. Biarkan sejuk dan baki bunga roselle tadi boleh diambil dan diblendkan sehingga hancur dan dicampur semula ke dalam jus tadi.

Tadaa ... my home made roselle juice ready to drink.



Tuesday, October 27, 2009

My USANA Story

Salam people !!!

Me and hubby been consuming USANA (Essential & Proflavanol) for approximately 3 weeks now. Alhamdulillah, we feel a lot better now. Deep sleep during nite time and wake-up in the morning feeling good. As time goes by, I can feel that my mental and physical health show some improvement.

I did receive SMS from my niece saying, " Salam Makcu ! Nutrimeal tu Sha minum replace breakfast, so far memang kenyang sampai lunch lah, tak macam yang sebelum ni Sha ambik %??$@# ". Sha is trying to get back her ideal weight and most important, to conceive, Insyaallah.

Tuesday, October 20, 2009

My New Body Care Regime

Salam ukhwah to all ...

Kali ni nak cite tentang my new body care regime. Went to Mid Valley recently and entah macamana tersinggah, I repeat, tersinggah Loccitane. They were having some promotions especially to membership card holder. And since yours truly ni adalah pemegang Loccitane membership card holder, maka tanpa disedari kedua-dua kaki ini melangkah masuk.






I bought Almond Range Body Care which consist of Almond Exfoliating and Smoothing Delicious Paste. It offers gentle yet effective exfoliation of the entire body. Recommended to use twice a week.



Next step to use Almond Shower Oil, rich in almond oil and foams when in contact with water. It softens and leaves a light satin-like veil on the skin.



And last but not least, the most favourite among this range and their best seller, Almond Firming and Smoothing Milk Concentrate. It smells so so so nice and delicious. It absorbs into skin right away and mosturizes. Most important, it helps to firm up your thigh, stomach and bust.



I've been using it for the past 3 days and honestly, I can feel the difference.
Siapa tak nak cantik ooooi !!!!!! So, why wait, go and get them.

Monday, October 12, 2009

Abaya Part 2

Salam to all.

Ingat tak this entry ?

So, tanpa niat dan perasaan takbur serta bongkak, presenting my newly touch-up abaya yang tak seberapa ini .....









Nothing extravaganza tapi yang penting, yours truly suka and confidently fit in.

 

© Copyright Mountainsofthings - Designed by Krafty Palette